Tuesday, April 29, 2008

Pengumpulan Data NILAM

Pengumpulan data NILAM akan di adakan pada 16 hb Jun 2008 di PKG Bangi. Dalam program ini diadakan juga satu aktiviti simulasi perjalanan Program Rakan Membaca di sekolah. Diharap semua GPM Zon PKG Bangi bersedia dengan data-data yang tepat dan betul untuk dibawa ke PKG pada tarikh yang ditetapkan tersebut.

Wednesday, September 12, 2007

Mesyuarat Direktori Pusat Akses Sekolah di Johor Bahru.

Mesyuarat tersebut dijalan dari 9 - 12 hb September 2007. Semua ahli mesyuarat berbengkil menyiapkan data-data pkg dan sekolah dengan tekun sehingga lewat petang dan lewat malam.
Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Cuma ada sedikit masalah tentang gambar-gambar yang disertakan oleh beberapa sekolah dan PKG tidak memenuhi kehendak penganjur, kami terpaksa mengedit gambar-gambar tersebut. Ada juga sekolah dan PKG hantar terlalu banyak gambar sehingga terpaksa kami buang sebahagiannya kerana tidak diperlukan.

Saturday, July 28, 2007

KENANGAN DI BTPN KEDAH

Kenangan semasa di PSPN Kedah sempena lawatan kerja bersama dengan pengetua dan guru besar sekolah-sekolah Zon PKG Cheras.


Wednesday, July 18, 2007

Anugerah Nilam diuji pelbagai kebolehan

PEMILIHAN pemenang Anugerah Program Nadi Ilmu Alam Membaca (Nilam) bukan hanya mengambil kira faktor jumlah buku yang dibaca, sebaliknya perlu memenuhi syarat kelayakan lain ditetapkan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP).

Selain rekod pembacaan pelajar, pemenang dipilih berdasarkan penilaian melalui ujian penulisan dan lisan bagi menguji tahap pembacaan dan kefahaman.Antara kriteria pemilihan, calon memahami isi teks dibaca, mampu menjawab dengan yakin dan mempunyai pengetahuan am tinggi.

Pengiktirafan atau anugerah diberi sekiranya mencapai tahap pembacaan disasarkan dan berjaya dalam ujian berkaitan seperti dari segi tahap kecerdasan intelek serta kebolehan bersosial.

“Ciri lain yang turut diambil kira ialah kecemerlangan mereka dalam bidang akademik, kedalaman pengetahuan, kepetahan dan kefasihan bercakap, yakin ketika bertutur, kematangan pemikiran dan kebolehan dalam pelbagai bidang".

“Tidak timbul persoalan pelajar menipu atau menyalin semula rekod bacaan rakan lain semata-mata inginkan insentif atau anugerah kerana pemilihan yang dibuat telus dan adil,”

Program itu tidak terbatas di sekolah semata-mata sebaliknya melangkaui persekitaran sekolah, Ibu bapa digesa memainkan peranan masing-masing bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program.

Pembabitan pelajar dalam program itu turut membantu pencapaian akademik dan ia terbukti apabila sebahagian besar pelajar terbabit berjaya memperoleh kejayaan dalam peperiksaan awam.

Diantara objektif program Anugerah Nilam ialah menghargai tabiat membaca, melahirkan tokoh pelajar yang banyak membaca, berketerampilan dan memiliki sikap kepemimpinan, serta menampilkan pelajar yang mengamalkan ciri pembacaan berkualiti.

Tuesday, July 17, 2007

PROGRAM PEMANTAPAN PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN RAKAN PEMBACA NEGERI SELANGOR 2007

Program ini dijalankan pada 12 Julai 2007 di Agensi Nuklear Malaysia.Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Selangor bertanggungjawab ke atas pengurusan dan pembangunan PSS di peringkat negeri. Bagi program NILAM pula, BTPN merupakan urus setia di peringkat negeri dan PPD merupakan urus setia di peringkat daerah.

Objektif utama program ini dijalankan ialah untuk :

a. Meningkatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah secara keseluruhan khususnya dalam pengurusan bahan, fizikal (susun atur dan keceriaan) serta sistem pentadbiran.

b. Meningkatkan pengurusan PSS oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM)

c. Meningkatkan kadar pembacaan di kalangan murid sekolah selaras dengan pelaksanaan dan hala tuju Program NILAM.

d. Meningkatkan kadar murid yang mencapai tahap Rakan Pembaca di seluruh negeri Selangor.

Monday, July 16, 2007

CARIAN MAKLUMAT ATAS TALIAN

1.0 Pengenalan

“Dalam organisasi sekarang, setiap daripada kita perlu bertanggungjawab memperoleh maklumat kerana maklumat adalah peralatan utama bagi melakukan segala-galanya. Yang lebih penting lagi adalah kita perlu tahu menggunakan maklumat tetapi sangat sedikit antara kita yang celik maklumat”.
-Peter Drucker-

Maklumat adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan dan aktiviti kita seharian. Malah , salah satu sebab manusia dapat menjadi makhluk yang dominan ianya dapat dikaitkan secara langsung dengan kabolehan semula jadi manusia menyimpan, mengingat semula dan menggunakan maklumat dan pengetahuan, Semuanya disampaikan kepada generasi seterusnya melalui keupayaan manusia berkomunikasi. Pengumpulan dan penyebaran maklumat wujud sejak wujudnya tamadun.

Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi mengubah cara manusia menerima dan menyimpan maklumat.Teknologi menjadikan semuanya berlaku dengan pantas sehingga mustahil bagi kita mengetahui semua ciptaan dan maklumat terbaru yang wujud. Dengan bantuan teknologi, manusia mampu menyimpan, menyusun, memproses dan mencari maklumat dalam pelbagai bentuk dan jumlah yang besar.

E-mel adalah kemudahan internet paling popular hari ini. Media komunikasi lain juga memainkan peranan dalam penyebaran maklumat yang meluas pada era ini. Memiliki maklumat terkini berkenaan perkembangan dunia dalam arena ekonomi, politik, pendidikan, perubatan dan sebagainya, dapat menjadikan kita individu yang lebih berpengetahuan dan membentuk masyarakat yang lebih progresif.

Lebihan maklumat dapat didefinisikan sebagai ketidakupayaan bagi memilih dan menggunakan maklumat yang diperlukan akibat jumlah maklumat yang banyak. Dalam hal ini Wurman 919890 menjelaskan, lebihan maklumat berkalu apabila seseorang mengalami salah satu ataupun beberapa perkara berikut:

v Tidak tahu memahami maklumat yang
v Rasa lemas ataupun tenggelam akibat terlalu banyak yang diterima
v Tidak tahu wujudnya maklumat.
v Tidak tahu di mana hendak mencari mancari.
v Tahu di mana handak mencari maklumat, tetapi tidak dapat mencapai [access] maklumat itu.




Akibat jumlah maklumat yang semakin bertambah, ia menjadikan manusia sukar memilih maklumat yang revelan dan yang betul-betul diperlukan.Setiap individu mencari maklumat yang berlainan mengikut keperluan masing-masing. Seterusnya adalah menetukan kebenaran atau kesahihan maklumat terutama daripada internet. Tidak semua maklumat tersebut boleh dipercayai kerana ada maklumat yang tidak konsisten, salah atau tidak berguna. Dalam hal ini kita perlu membina kemahiran mencari maklumat eletronik menggunakan peralatan dan teknik pencarian tertentu.Oleh itu kita perlu celik maklumat iaitu tahu memilih meklumat yang sesuai dan relevan untuk digunakan dalam kehidupan.

2.1 LITERASI MAKLUMAT

Literasi maklumat atau celik maklumat adalah kemahiran melakukan perkara-perkara berikut:

Mengenal pasti keperluan maklumat
Mengenal pasti dan mencari sumber maklumat.
Mengetahui cara mencapai maklumat daripada sumber yang sudah dikenal pasti.
Menilai kualiti maklumat yang diperolehi.
Menyusun maklumat.
Menggunakan maklumat dengan efektif.

Kecekapan utama ataupun teras dalam celik maklumat dapat dihuraikan seperti berikut:

Pemahaman luas berkenaan sifat maklumat –
Seseorang perlu memahami sifat maklumat dalam pelbagai subjek atau disiplin ilmu.Kesedaran berkaitan kewujudan pelbagai jenis sumber rujukan dan kegunaannya perlu diketahui.

Kebolehan mencapai maklumat
Mengenal pasti sumber-sumber maklumat yang akan digunakan bagi sesuatu tujuan. Selain itu, keupayaan bagi memastikan berapa banyak maklumat yang diperlukan juga penting. Dalam mencapai makluamat eletronik, mengetahui kaedah carian yang berkesan adalah penting. Carian maklumat dalam pangkalan data ataupun internet memerlukan kemahiran khusus.

Kebolehan menganalisis dan merumus maklumat.
Seseorang perlu tahu memilih maklumat yang relevan dan sesuai sahaja bagi memenuhi sesuatu keperluan.




Kebolehan menilai kebenaran maklumat
Maklumat yang diperoleh perlu dipastikan kesahihannya. Ia dapat dilakukan dengan beberapa cara seperti meneliti pengarang, penerbit, tahun penerbitan dan isi kandungan sumber maklumat.

3.1 CARIAN MAKLUMAT DALAM PANGKALAN DATA

Maklumat dalam pangkalan data adalah maklumat yang dikumpulkan dan disusun secara sistematik supaya boleh disimpan dan dicapai melalui computer. Maklumat dalam pangkalan data disusun di dalam medan 9field0, rekod dan fail. Satu medan mengandungi satu unit maklumat . Satu rekod adalah satu set medan dan satu fail adalah satu koleksi rekod. Contohnya, sebuah buku telefondapat disamakan dengan sebuah fail. Ia mengandungi senarai rekod yang mempunyai tiga medan iaitu nama, alamt dan nombor telefon. Teknologi computer dan telekomunikasi terkini yang canggih membolehkan maklumat dipaparkan dalam pelbagai bentuk termasuk teks, imej, audio, video dan sebagainya. Pangkalan data dibangunkan bagi menyimpan maklumat dalam bidang-bidang tertentu.